Monday, November 16, 2009

Punah angkara adik

Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar ‘adik setan’ kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung ‘benih’ adiknya.

Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.

Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

“Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui,” kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

“Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.

“Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol,” katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

“Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.

“Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya,” katanya.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.

“Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku,” katanya.

Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.

“Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.

“Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah,” katanya.

Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.

“Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi ‘lebih tahu’ mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya,” katanya.

Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa ‘menyembunyikannya’ di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.

“Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.

“Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain,” katanya.

Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: “Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain... dia adik saya.

“Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh,” katanya.


Thursday, November 12, 2009

Peminjam PTPTN sebelum 2002 boleh bayar melalui KWSP?

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum 2002 mungkin dibenarkan membayar balik pinjaman menggunakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya akan berbincang dengan PTPTN bagi mengenal pasti bentuk pengiraan bayaran balik jika langkah itu ingin dilaksanakan.

"Cadangan supaya dianjakkan kepada para peminjam dari tahun 2001 ke belakang adalah munasabah tetapi saya perlu kemuka dan bincangkan perkara ini secara teliti dengan PTPTN.

"Tetapi kita biasanya di kementerian sangat responsif terhadap cadangan terutamanya yang datang daripada para pelajar," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan banyak pihak supaya PTPTN turut membenarkan peminjam dari tahun 2001 dan sebelumnya membayar pinjaman mereka menggunakan KWSP.

Buat masa ini PTPTN hanya membenarkan peminjam bermula tahun 2002 membayar pinjaman mereka menggunakan KWSP.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya juga perlu berbincang dengan KWSP bagi mengenal pasti alasan PTPTN hanya membenarkan peminjam mulai 2002 menikmati kemudahan tersebut.

"Saya terbuka dalam hal ini. Kita sebenarnya sangat berterima kasih kepada KWSP kerana mereka sanggup memainkan peranan untuk membantu pembayaran balik PTPTN. Itu bantuan yang sangat besar," katanya.

Menurutnya, setiap keputusan yang dicapai kelak harus memastikan proses pembayaran balik pinjaman lancar dan pada masa yang sama tidak terlalu keras terhadap para peminjam.

Ditanya langkah kementerian dan PTPTN menangani masalah defisit tabung pinjaman itu ekoran kelembapan pembayaran balik wang pinjaman, Saifuddin berkata, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan.

"Buat masa ini, kita selesa dengan pendekatan sedia ada seperti menghalang mereka yang liat membayar daripada ke luar negara. Ia kelihatan memberi kesan yang agak positif.

Campak anak dalam perigi

Oleh Zaid Salim dan Rohaya Bu-za
am@hmetro.com.my


KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampakkan ibu kandungnya sendiri ke dalam telaga berkenaan berhampiran rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, ajal belum menjemput bayi berkenaan apabila dia tidak tenggelam dalam perigi berisi air sedalam enam meter berkenaan, sebaliknya terapung di permukaan sambil bertarung dengan maut sejurus dibuang kira-kira jam 5 petang.

Malah, keajaiban Tuhan terhadap bayi yang tidak berdosa itu menyelamatkannya apabila dia sempat diselamatkan datuknya, Raja Ibrahim Raja Ali, 64, yang menyedari perbuatan ibu berusia 26 tahun itu.

Terkejut dengan perbuatan anak perempuannya, warga emas berkenaan yang tidak sanggup melihat cucu keempatnya terkapai-kapai dalam perigi, nekad turun ke dalam telaga berkenaan dengan hanya berpaut pada dindingnya.Tindakan itu diambil kerana warga emas berkenaan tidak sanggup melihat bayi tidak berdosa itu terkapai-kapai dalam perigi walaupun menyedari tindakannya itu membahayakan diri jika pautan pada dinding perigi berkenaan terlepas.

Nenek bayi berkenaan, Hasnah Mat Ali, 50, berkata sebelum kejadian, wanita berkenaan yang juga anak angkatnya yang tinggal di rumah sewa berhampiran memberitahu dia geram melihat bayi berkenaan.

Katanya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku selepas anaknya yang menghidap penyakit meroyan itu melakukan sesuatu terhadap cucunya, dia cuba menenangkan perasaan wanita berkenaan dan menyuruhnya bersabar.

Bagaimanapun, kebimbangan warga emas itu menjadi kenyataan apabila anaknya yang menghadapi tekanan perasaan mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.

“Mujur saya sedar dan segera mengejutkan suami yang ketika itu sedang tidur. Tanpa berlengah, suami turun ke dalam perigi dengan berpaut pada dinding sebelum mencapai bayi berkenaan yang terapung di permukaan air yang jaraknya lebih satu meter dari muka perigi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada datuk bayi berkenaan jam 5 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika diselamatkan, muka bayi berkenaan yang hanya memakai lampin pakai buang kebiru-biruan dipercayai kesejukan selepas dibuang ke dalam perigi berkenaan.

“Bagaimanapun, bayi berkenaan sihat dan polis segera mengarahkannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati wanita berkenaan bertindak demikian kerana dipercayai menghadapi tekanan perasaan dan meroyan selepas melahirkan anak ketiga.

Katanya, ketika kejadian, wanita berkenaan turut mengakui tidak menyedari perbuatannya mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.

“Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana bertugas di sebuah kilang di Kuantan dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.


Monday, November 9, 2009

Utara: Berbogel kena cekup

Oleh Fauzi Rahim Mustafa
bhnews@bharian.com.my


PAKAIAN sukan, seragam sekolah ditemui di rumah kosong di Taman Semarak Fasa I.

Rumah kosong markas lampias nafsu pelajar ponteng

SUNGAI PETANI: Sebuah rumah berkembar di Taman Semarak Fasa I yang dipercayai kosong sejak lebih lima tahun lalu kini dipercayai dijadikan markas pasangan kekasih melampiaskan nafsu selain 'port' remaja melakukan kegiatan tidak bermoral.

Kedudukan rumah kosong yang agak tersorok itu menyebabkan rumah setingkat itu dijadikan 'sarang maksiat' oleh golongan kemaruk seks selain tempat penagih dadah serta penghidu gam melepaskan gian.

Rumah kosong yang dipenuhi semak menjadi lokasi popular sebahagian pelajar sekolah menengah berdekatan taman berkenaan ponteng sekolah, menghisap rokok dan minum arak.

Tinjauan Berita Harian mendapati, ruang tamu di dalam rumah itu bersepah dengan sisa bungkusan makanan, nota pelajaran dan beberapa pasang selipar yang sudah rosak.

Di dalam ketiga-tiga bilik rumah itu pula berselerak dengan seluar dalam lelaki dan wanita yang ditinggalkan, selain beberapa helai seluar sukan dan baju sekolah tanpa lencana sekolah.

SELUAR dalam dan tuala dipercayai milik pelajar ponteng.

Beberapa botol minuman keras pelbagai jenama pula ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan berserta beberapa batang lilin yang sudah digunakan.

Penduduk, Annuar Ishak, 39, berkata beliau pernah menyerbu rumah itu baru-baru ini dan menemui sepasang kekasih dipercayai pelajar dari sebuah sekolah menengah di sini dalam keadaan berbogel dipercayai hendak melakukan seks haram.

"Saya percaya pasangan pelajar itu membuat temu janji sebelum menjadikan rumah kosong itu sebagai lokasi memuaskan nafsu.

"Mujur secara kebetulan saya ternampak mereka tergesa-gesa memasuki rumah berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memeriksa lebih lanjut bersama seorang rakan," katanya.

Annuar berkata, dia dan rakannya tiba tepat pada waktunya kerana ketika menerpa di dalam bilik rumah berkenaan kedua-dua pelajar itu sudah pun berbogel sebelum mengarahkan mereka berpakaian semula.

Annuar berkata, dia percaya sebelum ini ramai lagi remaja melakukan maksiat di situ berdasarkan keadaan rumah yang dipenuhi pakaian dalam lelaki dan wanita termasuk seragam sekolah dibiarkan berselerak di dalam bilik rumah berkenaan.

"Ramai penduduk menggesa pemilik rumah itu membersihkan persekitarannya kerana dikhuatiri akan terus dijadikan lokasi melakukan kegiatan tidak berakhlak.

"Selagi rumah kosong itu tidak diurus oleh pemiliknya, selagi itulah kegiatan tidak bermoral akan terus berlaku di situ kecuali pihak berkuasa tempatan mengambil langkah drastik menanganinya," katanya.

Ibu hati iblis

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
MALANG... Nurhidayah menahan kesakitan akibat didera ibu tirinya.
MALANG... Nurhidayah menahan kesakitan akibat didera ibu tirinya.

DUNGUN: Seorang wanita berhati iblis bukan saja tergamak mendera anak perempuan tirinya, Nurhidayah Abdul Wahab, 4, malah pernah mencampak anak kandungnya sendiri yang baru berusia sembilan bulan ke dalam kolam ikan berhampiran rumahnya.

Bagaimanapun, bayi lelaki malang yang hampir lemas dalam kolam ikan sedalam tiga meter itu diselamatkan bapanya, Abdul Wahab Mahusin, 39, di rumah mereka di Kampung Sura Hujung di sini, dalam kejadian sebelum Ramadan lalu.

Perbuatan kejam wanita berusia 21 tahun itu sekali lagi terbongkar Ahad lalu selepas datuk kanak-kanak perempuan terbabit menemui seorang bomoh patah di Kampung Seberang Pintasan sebaik mendapati cucu yang tinggal bersama ibu tirinya itu tidak berhenti menangis selain mengadu sakit di bahu kanan.

Abdul Wahab yang mendedahkan perangai wanita itu yang juga isteri keduanya berkata, tindakan wanita itu tidak ubah seperti binatang kerana langsung tidak memiliki perasaan terhadap kanak-kanak terbabit yang mengharapkan kasih sayang daripadanya.

Menurutnya, disebabkan sering didera ibu tirinya, anaknya kini trauma dan hidup dalam ketakutan apabila bersama wanita itu.
“Anak saya boleh mati jika terus tinggal dengannya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, semalam.

Dia yang bekerja sebagai nelayan, berkata sebelum kejadian, dia keluar membeli sarapan di kedai berhampiran rumahnya jam 8 pagi.

“Sebaik pulang ke rumah, saya dapati anak saya berada dalam keadaan kesedihan dan mengadu sakit di bahu selain memberitahu tangannya tersepit pada pintu.

“Ketika itu, saya percaya tangan anak saya tidak tersepit pada pintu kerana tidak terdapat kesan dan keluar ke laut selepas menyediakan sarapan.

“Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang, saya terkejut apabila mendapati lengannya bengkak dan mengesyaki ia perbuatan ibu tirinya, menyebabkan saya segera meminta bantuan bapa yang tinggal berjiran membawa anak bertemu bomoh patah,” katanya.

Menurutnya, tindakan wanita yang dinikahi selepas bercerai dengan isteri pertama itu bukan kali pertama kerana sebelum ini wanita yang dikahwini sejak tiga tahun lalu itu pernah menggigit badan anaknya termasuk memijak tubuh kanak-kanak berkenaan dan semua perlakuan itu berlaku ketika dia tiada di rumah.

“Isteri saya berubah sikap selepas melahirkan anak lelaki kami yang kini berusia sembilan bulan dan tidak tahu kenapa dia bersikap demikian.

“Pada mulanya saya menyangkakan dia mungkin tidak menyayangi anak tiri, namun telahan saya meleset apabila perlakuan sama turut dilakukan kepada anak kandung sendiri,” katanya.

Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Dungun, kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu.

Abdul Wahab berkata, akibat tidak tahan dengan sikap isterinya itu yang didakwa tidak memiliki perasaan kasih sayang terhadap anak-anak, dia pernah menceraikan wanita berkenaan pada Ogos lalu sebelum merujuknya semula seminggu kemudian.

“Namun, dengan kejadian terbaru ini, saya nekad tidak akan bersamanya lagi dan kini kami dalam proses bercerai,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan sebaik menerima laporan perubatan daripada HSNZ.

Friday, November 6, 2009

Pindaan Akta Dewan Bahasa

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 diharap dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' di kalangan masyarakat negara ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya lebih kepada memberi pendidikan.

Justeru katanya, penerangan perlu dibuat kepada pihak-pihak yang sangsi terhadap usaha berkenaan agar ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Sebagai contoh, penggunaan 'bahasa rojak' kini semakin menggerunkan kita. Saya semakin risau dengan masalah ini terutama terhadap masalah penggunaan bahasa Melayu yang semakin parah di dalam masyarakat.

"Mungkin kerana perkembangan teknologi yang pesat, modenisasi, sikap dan faktor globalisasi, DBP dilihat sukar untuk menangani cabaran-cabaran bahasa Melayu kini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Kualiti DBP 2009 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaffar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Mohd. Puad memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa draf pindaan Akta DBP 1959 sedang disemak oleh penasihat undang-undang kementerian itu dan dijangka akan dibawa ke Kabinet sebelum dibentang ke Parlimen pada tahun depan.

"Jika sebelum ini DBP tidak berpeluang untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat, dengan pindaan ini diharapkan keadaan tersebut akan berubah,'' ujarnya.

Katanya, salah satu aspek berkenaan adalah dari segi penggunaan bahasa Melayu pada papan-papan tanda.

Beliau mencadangkan salah satu usaha ke arah memperkasakan bahasa Melayu adalah perbincangan secara berterusan antara DBP dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung hal itu.

"Bahasa Melayu amat penting dalam menjayakan gagasan 1Malaysia kerana melalui bahasa semua kaum di negara ini dapat disatukan," tambahnya.

Kaunselor berdaftar kurang

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Bilangan siswazah dalam bidang kaunseling yang berdaftar dan benar- benar mengamalkan profesion itu masih tidak mencukupi berbanding jumlah yang diperlukan negara pada masa ini iaitu seramai 60,000 orang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kira-kira 2,000 siswazah yang menamatkan pengajian di dalam bidang itu tidak memasuki alam pekerjaan selari dengan kelulusan mereka di institut pengajian tinggi (IPT).

''Disebabkan itu, negara masih kekurangan kaunselor yang berdaftar. Kita masih perlukan kira-kira 60,000 kaunselor berdaftar di pelbagai peringkat termasuk IPT, kerajaan dan swasta,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Kebangsaan Kaunseling 2009 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Kaunseling Malaysia (Pekama) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, sehubungan itu, Kementerian Pengajian Tinggi sedang mengkaji aspek-aspek penting dalam bidang tersebut terutama dari segi kokurikulum untuk melihat kesesuaiannya dengan bidang pekerjaan.

Katanya, sehingga kini hanya terdapat 1,865 orang kaunselor berdaftar di seluruh negara yang bertugas di sektor kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akademik dan swasta.

Terdahulu semasa berucap, Mohamed Khaled berkata, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan sektor penting dalam proses perkembangan dan kesihatan mental masyarakat.

''Ini terutama ketika masyarakat di negara ini mengharungi pelbagai bentuk cabaran kehidupan,'' katanya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 12 IPTA yang menawarkan program kaunseling dengan melahirkan 2,000 siswazah dalam bidang itu setiap tahun.

Tumpu tingkat kualiti guru

SUBANG JAYA 3 Nov. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu projek pembinaan infrastruktur pendidikan termasuk sekolah pada masa depan dilaksanakan dengan perbelanjaan sederhana supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan untuk meningkatkan kualiti guru.

Timbalan Perdana Menteri berkata, infrastruktur fizikal yang tersergam indah tidak penting kerana yang akan memberi manfaat kepada para murid dan pelajar adalah apabila mereka mendapat guru yang benar-benar berkualiti.

Katanya, sehubungan itu tumpuan harus diberikan kepada aspek latihan guru agar keupayaan dan kepimpinan mereka dapat ditingkatkan seterusnya membantu usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan negara.

‘‘Dari segi infrastruktur, kita tak perlu buat bangunan tersergam indah yang libatkan belanja besar yang boleh kita jimat.

‘‘Kalau kita boleh potong kosnya 10 ke 20 peratus daripada kos sebenar dengan keadaan pelan sederhana tetapi kualiti guru yang baik, maka yang untungnya pelajar dapat guru yang baik walaupun bangunan tak tersergam indah sangat.

‘‘Itu saya fikir tak harus jadi perhatian. Kita nak tumpukan kualiti pembelajaran dan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),’’ katanya yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembangunan Pendidikan RMK-10 di sini hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau telah meminta pegawai kanan di Kementerian Pelajaran membuat perancangan teliti supaya setiap pembangunan fizikal yang dilakukan mengikut keperluan sebenar.

Katanya, ini supaya tidak berbangkit lagi masalah-masalah sebelum ini seperti asrama kecil sedangkan bangunan sekolah dibina untuk menampung jumlah pelajar yang ramai.

‘‘Kita telah bangunkan projek yang lebih daripada diperlukan jadi perbelanjaan itu suatu pembaziran.

‘‘Apa yang perlu dibuat sekarang adalah kita akan tambah lagi bangunan asrama supaya sekolah itu mempunyai pelajar yang cukup agar tiada lagi berlaku kes di bawah kapasiti pengambilan,’’ ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin mahu perancangan pembangunan pendidikan yang hendak dilakukan dibuat secara cermat dan teliti untuk mengelakkan pembaziran wang negara.

Katanya, perancangan mengenai saiz sekolah, kelas, nisbah guru dan kelas, kemudahan pembelajaran, pembinaan asrama berpusat, hinggalah soal jangka masa, bentuk dan kandungan program latihan bagi guru perlu diteliti dengan baik.

‘‘Bagi menjayakan segala dasar dan pelan pendidikan yang dirancang, seluruh warga kementerian perlu mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi dan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan,’’ ujarnya.

Thursday, November 5, 2009

Diskaun PTPTN pada pemegang ijazah kelas dua atas


KERATAN Kosmo! keluaran semalam.


KUALA LUMPUR - Pelajar yang memperoleh keputusan ijazah kelas dua atas mungkin diberikan diskaun amaun pembayaran balik pinjaman pelajaran yang diperoleh daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu kini dalam pertimbangan kementeriannya atas dasar ia boleh memberi kesan positif daripada segi pembayaran balik pinjaman.

"Saya rasa diskaun itu boleh menggalakkan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang termasuk ijazah kelas dua atas,'' ujarnya di sini semalam tanpa mahu mengulas kadar diskaun yang mungkin diberikan.

Friday, October 2, 2009

Khaled jawab kebimbangan Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

‘‘Secara umumnya jumlah pelajar Melayu di IPTA semakin meningkat. Peningkatan itu adalah kesan daripada sistem meritokrasi yang diperkenalkan pada 1999.

‘‘Cuma diakui bilangan mereka agak rendah dalam bidang kritikal dan popular seperti perubatan dan kejuruteraan berbanding kaum lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang semakin berkurangan berbanding kaum lain.

Mengulas lanjut, Mohd. Khaled berkata, pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan itu bagi memastikan bilangan tersebut dapat diimbangi dengan kaum lain secara berperingkat.

Katanya, walaupun pelajar Melayu tidak menguasai bidang kritikal tetapi peluang pekerjaan masih luas untuk mereka.

‘‘Tidak bererti gagal menguasai bidang kritikal sukar mendapat pekerjaan. Masih banyak peluang kerja menanti mereka yang berkemahiran,’’ jelasnya.

Pelajar Melayu makin kurang

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Negara akan berdepan dengan dilema ketandusan profesional Melayu terutama dalam bidang perubatan dan kejuruteraan jika tindakan tidak diambil bagi menyediakan pelapis dalam bidang tersebut untuk tempoh jangka panjang.

Senario itu tidak mustahil berlaku ekoran kemasukan pelajar Melayu dalam bidang kritikal di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini sejak 10 tahun lalu sangat rendah berbanding kaum lain.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah mendedahkan, sejak sistem meritokrasi diperkenalkan pada awal tahun 1999, jumlah pelajar Melayu yang memasuki bidang kritikal tidak sampai 30 peratus berbanding pelajar bukan Melayu.

Menurutnya, sangat menyedihkan melihat ketandusan pelajar Melayu dalam jurusan farmasi, kejuruteraan, sains, perundangan, perubatan, pergigian serta perakaunan.

‘‘Contohnya sebelum meritokrasi diperkenalkan terdapat 70 peratus pelajar Melayu dalam bidang farmasi tetapi kini fenomena itu sudah terbalik.

‘‘Sedangkan pelajar Melayu sangat diperlukan untuk memasuki bidang-bidang kritikal demi memastikan usaha membangunkan bangsa Melayu dan negara dapat diteruskan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyebut jumlah kemasukan pelajar Melayu ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang semakin berkurangan berbanding kaum lain.

Semalam, Dr. Mahathir menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan tersebut dan mengaitkan fenomena itu dengan perpecahan orang Melayu yang akan mengakibatkan kerajaan menjadi lemah sehingga terpaksa akur pada pelbagai tuntutan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, perpecahan Melayu yang semakin parah sejak tahun 1999 turut menjadi faktor kepada kekurangan pelajar Melayu di IPTA.

‘‘Kaum lain mengambil peluang untuk membuat pelbagai tuntutan apabila mendapati Melayu semakin lemah dan berpecah. Keadaan ini turut memberi kesan kepada pelajar Melayu di IPTA,’’ jelasnya.

Serentak dengan itu, beliau menyarankan agar UiTM yang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan 100 peratus pelajar Melayu diperkukuhkan bagi mengimbangi pelajar kaum lain dalam bidang kritikal.

‘‘Buat masa ini pelajar UiTM berjumlah 140,000. Jika mahu mengimbangi cerdik pandai kaum lain bagi jangka panjang, jumlah pelajar UiTM mesti ditingkatkan sehingga 400,000,’’ jelasnya.

Beliau berkata, UiTM juga mestilah dibenarkan memulakan kursus asasi dalam semua bidang kritikal bagi membekalkan pelajar Melayu ke IPTA lain yang mempunyai masalah kekurangan pelajar Melayu dalam bidang tersebut.

Katanya, IPTA yang lain juga diwajibkan menerima pelajar diploma daripada UiTM untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti tersebut tanpa sebarang alasan.

Salah laku murid meningkat

PUTRAJAYA 30 Sept. – Kadar salah laku disiplin murid sekolah rendah termasuk penyalahgunaan dadah mencatat peningkatan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ia berbeza dengan pelajar sekolah menengah yang menunjukkan penurunan dalam kes tersebut dalam tempoh yang sama.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, walaupun peningkatan masalah disiplin di sekolah rendah hanya daripada 0.78 peratus kepada 0.79 peratus, pihak kementerian tetap menganggapnya sebagai serius.

Secara keseluruhan, katanya, dalam tempoh enam bulan pertama ini, jumlah murid yang terlibat dengan salah laku disiplin ialah 1.26 peratus iaitu menurun 0.01 peratus jika dibandingkan dengan tempoh sama pada 2008.

“Isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya berada dalam situasi terkawal walaupun ia membabitkan kes berat seperti pukul, gaduh, ponteng sekolah serta masalah disiplin ringan.

“Peningkatan yang berlaku di peringkat sekolah rendah membabitkan ponteng sekolah, kekemasan diri dan kurang sopan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Disiplin kali ke-2 bersama polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kesatuan-kesatuan guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kadar salah laku disiplin pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya menurun daripada 1.96 peratus tahun lalu kepada 1.93 peratus tahun ini.

Statistik kementerian menunjukkan terdapat 3.2 juta murid sekolah rendah dan 2.2 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Ka Siong berkata, jumlah aduan disiplin murid yang diterima bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini ialah 65 kes, menurun 31 kes berbanding 96 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Tugas mendisiplinkan pelajar antara tugas utama guru, mana-mana pengurusan sekolah yang didapati cuai dan lalai dalam usaha ini akan dikenakan tindakan,” katanya.

Sementara itu, dalam mesyuarat tersebut, antara cadangan bagi menangani isu disiplin ialah pembayaran elaun tanggungjawab dan pengurangan waktu mengajar bagi guru kanan disiplin di sekolah rendah dan menengah.

Selain itu, mewujudkan jawatan warden di semua asrama sekolah di seluruh negara dan mengecilkan nisbah guru kaunselor daripada 1:500 kepada 1:300.

Ia juga mencadangkan diperkenalkan program rintis Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) di 116 sekolah menengah, pelaksanaan piawaian keselamatan sekolah dan kerjasama erat dengan NGO dan Majlis Pemangkin Aspirasi Nasional (Mapan), Persatuan Psikologi Malaysia dan Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF).

Beri pendidikan berkualiti - TPM

PORT DICKSON 28 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan golongan pendidik dan perancang agar menyediakan pengisian pendidikan yang berkualiti tinggi supaya generasi masa depan dapat mengikuti sistem pendidikan yang terbaik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, memang menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melihat generasi masa depan menguasai pembelajaran secara efisien dan berkualiti termasuk dengan menyediakan kemudahan fizikal yang baik.

''Di sebalik perancangan kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif, kita seharusnya tidak boleh melupakan tenaga manusia terlatih terutama dalam menyediakan modal insan yang diperlukan negara,'' katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Menurut Muhyiddin, kerajaan tidak akan mengabaikan sistem pendidikan negara kerana menyedari ia adalah perkara penting dalam pembangunan negara.

''Pendidikan adalah aspek yang kita (BN) berikan perhatian sejak dahulu lagi. Saya sebut ini kerana ia merupakan dasar kerajaan BN yang dibuat secara berterusan.

''Kita berikan perhatian yang paling utama dalam soal pendidikan bahkan memastikan akses pada pendidikan juga hendaklah berkualiti," ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan mahu melihat pada masa hadapan anak- anak dididik dengan pemikiran berdaya tinggi, mampu menguasai sains dan teknologi serta hebat dalam bidang inovasi.

''Kita tidak boleh bergantung kepada tenaga asing dan kepakaran luar negara. Kita mahu melahirkan kelompok yang mahir di kalangan rakyat Malaysia dan ada kepakaran sendiri yang sekali gus mempercepatkan proses pembangunan negara," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar kerajaan cukup jelas dalam mengutamakan pendidikan di negara ini dan ia sepatutnya tidak dipersoalkan oleh sesiapa pun.

''Kita tidak mahu ada anak-anak kita yang terkecuali dalam soal pendidikan. Kita mahu mereka diberikan peluang belajar yang secukupnya supaya mereka boleh menimba ilmu dan mentadbir negara pada masa hadapan," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta lagi bagi membangunkan sekolah menengah berdekatan sekolah rendah tersebut.

Katanya, kos pembinaan Sekolah Kebangsaan Intan Perdana yang menyediakan 18 bilik darjah dan dua kelas pra sekolah juga ditambah RM500,000 lagi berbanding kos asal RM18 juta kerana ia menggunakan sistem binaan industri (IBS).

''Sekolah lama di sekitar kawasan ini sudah terlalu sesak dan ketika ini ia hanya mampu menampung lebih 1,700 pelajar. Jadi kita bersetuju untuk membangunkan sekolah yang baru di Taman Intan Perdana ini.

''Kita mahu memastikan pembinaan sekolah itu nanti dibuat secepat mungkin dan akan menggunakan kaedah pembinaan IBS. Saya mahu melihat sekolah rendah ini dapat dibina bermula awal 2010 dan dapat disiapkan sebelum penghujung 2011,'' tegasnya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM3.8 juta bagi membaiki dan menaik taraf 21 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kepada Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Muhammad.

Ganjaran khas pendidik

PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini.

''Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3).

''Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau.

Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi.

Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di seluruh negara yang mempamerkan prestasi cemerlang.

''Mana-mana sekolah, guru besar, pengetua dan guru yang menunjukkan prestasi cemerlang, layak untuk diberikan ganjaran berkenaan.

''Inisiatif ini adalah untuk memberikan ganjaran kepada warga pendidik yang komited dalam membantu kerajaan bagi membentuk sekolah berprestasi tinggi menjelang 2012,'' katanya.

Menurutnya, dengan ganjaran itu, warga pendidik tidak lagi perlu memikirkan atau menunggu pemberian bonus serta kenaikan pangkat.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Puad memberitahu, kementerian itu akan mewujudkan sebuah unit khas dalam memperincikan soal pembangunan pendididkan luar bandar.

''Menerusi unit ini, kita yakin ia mampu merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar.

''Unit ini juga akan berfungsi mempertingkatkan bukan sahaja keadaan fizikal sekolah di luar bandar dari segi infrastruktur dan kemudahan malah termasuk soal pemantapan pengisian pendidikan di kawasan terlibat," jelas Mohd. Puad.

Tuesday, September 29, 2009

Sejarah pemuzik Malaysia Indonesia

Asal Usul Pemuzik Malaysia Dan Indonesia (just for fun)

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji/Abang-abang Haji.....KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.....TITIK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand banyak duit.....HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.....KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.....ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.....O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.....SCOIN (pakai syiling jer)

8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.....AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.....MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.....AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional .....MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.....GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.....HEADWIND

14) Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti Benggali Pedas.....GINGERBREAD

15) Kumpulan yang mudah berpecah.....KRISTAL

16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri .....LEFTHANDED

17) Kumpulan yang ada power..... KEMBARA (sebab ader DVVT)

18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.....PADI

19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.....TOO PHAT (Ke-too-phat)

20) Penyanyi kesukaan David Beckam.....SITI SARAH

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.....PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.....METALASIA

25) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.....4U2C

26) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.....MELLY GO-SLOW

27) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'.....TEACHERS PET

28) Kumpulan yang susah nak sakit.....MEDICINE

29) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.....DR. KRONIK

30) Kumpulan yang buat show kat everest .....IKLIM

31) Kumpulan yang kena sertu apabila di sentuh.....BLACK DOG BONE

32) Kumpulan yang paling bengap walaupun dah kaya.....PAK PANDER

33) Kumpulan yang paling di hormati .....KUMPULAN DEWA

34) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.....NEW BOYZ

37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.....SWEET SEPTEMBER

38) Kumpulan Paling berani.....KAMIKAZE

39) Kumpulan yang selalu gi konvoi.....XPDC

41) Kumpulan yg ada sayap.....WINGS

42) Kumpulan yg suka amik gambar & autograf.....FOTOGRAF

43) Kumpulan yg selalu dapat cari orang (macam along/ceti).....SEARCH

44) Kumpulan yg sering kemarau / kekeringan / horny.....GERSANG

45) Kumpulan yg selalu banteras rasuah.....B.P.R (Bumi Putra Rockers)

46) Kumpulan yg suka dera kucing.....Alleycats

47) Kumpulan yg banyak taik mata.....E.Y.E

48) Kumpulan yg suka tanam bunga ros hitam.....BLACKROSE

49) Kumpulan yg selalu adakan jualan karnival beli belah.....MEGA (Mega Sales)

50) Kumpulan yg ada daya tarikan bumi.....GRAVITY

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfiti buat semua.
ampunkan segala salah dan silap saya.
semoga kehadiran aildilfitri ini membawa 1001 kebahagiaan buat semua.

Tuesday, September 15, 2009

Facebook: Antara Pro dan Kontra



“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.

“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.

“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.

“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

23_1-3 “Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.

Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?

Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).

Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadith-salimalmuslimun

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

Sumber : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Sunday, September 13, 2009

Secantik-cantik W.A.N.I.T.A

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya." (Riwayat Muslim)

Kata Allah mengenai sifat-sifat isteri yang solehah,

"Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya." (Surah an-Nisaa':34).

SIAPA WANITA S.Y.U.R.G.A?

Sebuah hadis menyatakan, daripada Anas, Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Riwayat Ahmad)

Cantik bukan sekadar pada pandangan berdasarkan penampilan zahiriah semata-mata. Tetapi juga merangkumi budi dan amal ibadat. Tetapi jika cantik budi pekerti, tentulah ia jadi bonus lumayan kepada sesiapa saja. Bukankah begitu?

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati

dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah

beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan

dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak

makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang

berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa

penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik

utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana

memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa

sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan

tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum

solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung

tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya.

Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan

Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung

dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi

dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang

di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,

orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau

mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh

sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi

sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat

bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan

sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab

menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau

nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan

tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke

masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca n i, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah

disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam

sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu

baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul

ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk

niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg

tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham

sahaja..pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan

dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan

dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab

panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut:

Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah

sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan

takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda

menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat

dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan

solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..J adi

kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir

seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan

syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa

dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..

Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini

kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan

tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:

"Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin". (p/s:

huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah

ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut

dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak

ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu

jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh

mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa

dilentikkan.Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti

diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah

standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk

tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya...berjaga2. .jangan

disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak

diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke

rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita

selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah

lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana

Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,

contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah

kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk

solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat

ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang

utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2

sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R

ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena

pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi

haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos

perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit

tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah,

kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg

lebih utama...contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat

ba'diah,Btiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan

tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah

tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat

asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika

utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri

oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2

nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun

keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal

mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,

malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula...Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak

dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa.....

Renung-renungkanlah..

Sumber: wrwm90

~ MUSLIMAH ~

Beritahu pada muslimah itu

dirinya ibarat kaca,

disentuh terguris,

dihantuk serpih,

dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu

jaga tutur kata;

cakap tinggi nanti dibenci,

terlalu rendah dipijak pula,

cakap sombong mengundang lawan,

hati-hati meluah kata,

kerana pulut santan binasa,

kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu

jaga tingkah laku;

harga diri letaknya di situ,

jangan meluru ikut telunjuk nafsu,

sesekali tersilap langkah,

akan dihukum selamanya,

keturunan dicerca payah,

menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu

jaga pakaian;

ia cermin peribadi,

juga lambang bangsa,

di mana dan dalam keadaan macam manapun,

biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu

simpan secebis malu;

kerana malu itu,

sebahagian dari iman..

::..Indahnya Malam Pertama Kita..::

Satu hal sebagai BAHAN RENUNGAN kita...

Untuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi BUKAN malam penuh KENIKMATAN duniawi semata

Bukan malam pertama masuk peraduan ADAM & HAWA

Justeru mlm pertama pkahwinan kita dgn SANG MAUT

Sebuah mlm yg MENINGGALKAN isak tangis sanak saudara

Hari itu...mempelai sangat dimanjakan

Mandi pun...harus dimandikan

Seluruh badan kita TERBUKA....

Tak ada sehelai benang pun menutupinya...

Tak ada sedikit pun rasa MALU...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

KOTORAN dr lubang hidung & tempat sulit dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itu pun DITUTUPI kapas putih...

Itulah sosok kita....

Itulah jasad kita waktu itu

Setelah dimandikan..

Kita pun dipakaikan GAUN CANTIK berwarna putih

Kain itu...JARANG orang memakainya..

Kerana sangat terkenal berjenama KAFAN

Wewangian ditaburkan ke baju kita...

Bahagian kepala...badan...dan kaki DIIKATKAN

Tataplah...tataplah...itulah wajah kita

Keranda pelaminan...langsung disiapkan

Pengantin BERSANDING sendirian...

Mempelai diarak KELILING KAMPUNG yg dihadiri jiran

Menuju istana keabadian sebagai SIMBOL asal usul

Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga

Serta rasa HARU para handai taulan

Gamelan syahdu bsyairkan AZAN & kalimah ZIKIR

AKAD NIKAHNYA bacaan talkin....

Berwalikan LIANG LAHAD..

Saksi-saksinya nisan-nisan yang telah tiba duluan

Siraman AIR MAWAR pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya....tiba MASA pengantin..

Menunggu & ditinggal sendirian..

Utk mpertanggungjawabkn SELURUH lgkh khdupn

Malam pertama yang indah atau meresahkan...

DITEMANI rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi....

Sang Malaikat lalu BERTANYA..

Kita xtau apakah akn memperoleh NIKMAT Kubur...

Atau pun juga SEKSA Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu....

Oleh itu,renung-renungkan dan selamat beramal...